Video Korporat PSS SK Tedong

Sorotan Penting


Sebarang cadangan dan penambahbaikan untuk Blog Pusat Sumber SK Tedong boleh disalurkan ke sktedong@gmail.com

Sunday, May 23, 2010

PROGRAM ROAD TOUR ICT KOMUNITI FASILITATOR SCHOOLNET NEGERI MELAKA 2010

Disediakan oleh: Muhammad Farid Bin Samsury
Fasilitator Schoolnet SK Tedong

Pada 22 Mei 2010, satu Program Road Tour ICT 2010 anjuran Komuniti Fasilitator Schoolnet Negeri Melaka dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tedong. Program ini mengetengahkan Microsoft PowerPoint 2007-My School. Program ini bermula dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini juga di bantu oleh Fasilitator Schoolnet Daerah Jasin. Kumpulan sasaran program ini ialah seramai 50 orang pelajar Tahun 5. Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan Microsoft PowerPoint 2007. Selain itu, setiap kumpulan mampu mengeluarkan satu hasil pembentangan menggunakan perisian berkenaan di akhir program. Bagi program ini, kesemua pelajar-pelajar Tahun 5 dibahagikan kepada 10 kumpulan dimana setiap kumpulan diberikan tugasan untuk menghuraikan satu sahaja tempat menarik di SK Tedong seperti makmal komputer, pusat akses, perpustakaan dan sebagainya.

Di akhir program ini, tiga persembahan PowerPoint-MySchool terbaik dipilih dan diberikan hadiah berupa hamper kepada kumpulan yang berjaya. Tiga kumpulan tersebut ialah:


1) Tajuk: TAMAN SEKOLAH

Siti Nurhasanah Bte Mohd Fuzi (5 Bestari) – Ketua Kumpulan
Siti Nazirah Bte Mohamad (5 Bestari)
Muhammad Amin Ambia Bin Mohd Ashari (5 Bestari)
Muhammad Khairul Hafiz Bin Yusof (5 Bijak)

2) Tajuk: PERPUSTAKAAN

Muhammad Iqmal Bin Ibrahim (5 Bijak) - Ketua Kumpulan
Arul A/L Karupiah (5 Bijak)
Khairuddin Bin Husin (5 Bijak)
Muhammad Muklis Bin Emiraya (5 Bijak)
Muhammad Zaidi Bin Razali (5 Bijak)

3) Tajuk: PRA SEKOLAH

Nurul Syamimi Bte Norzaidi (5 Bijak) - Ketua Kumpulan
Siti Nur Faezah Bte Jumaat Zain (5 Bijak)
Nurul Izzah Bte Mohd Rizam (5 Bijak)
Nor Syafika Bte Rosman (5 Bijak)
Syasyabalkis Bte Mat Zan (5 Bijak)

Ucapan penutup program dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Encik Ismail Bin Husin selaku GPK HEM SK Tedong. Diharapkan, program ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjamin perkembangan pembudayaan ICT di sekolah ini terus subur. Sekian, terima kasih.










Wednesday, May 19, 2010

Sejarah Penubuhan PSS SK Tedong


Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tedong


Pusat Sumber (PSS) SK Tedong ditubuhkanpada tahun 1989 apabila siapnya Blok B. Ianya terletak di Tingkat 3. Pada awalnya, PSS meliputi keluasan 3 buah bilik darjah. Walaupunbagaimanapun, keluasan PSS dikecilkan bagi menempatkan Bilik Kemahiran Hidup dan Bilik Tayang selaras dengan kewujudan KBSR pada masa itu.

Suasana PSS SK Tedong

Beginilah suasana di Pusat Sumber SK. Tedong, begitu nyaman dan tenang. Kunjugna anda ke PSS SK Tedong amatlah dialu-alukan untuk mendapat pelbagai maklumat.